Wednesday, August 10, 2011

1 comments

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Malaysia


Perbadanan Stadium Malaysia sebuah badan berkanun persekutuan yang mengurus, mentadbir dan menyelenggara Kompleks Sukan Negara mempelawa individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (Kontrak)
2. Penolong Akauntan Gred W27 (Kontrak)

3. Pembantu Teknik Lanskap Gred J29 (Kontrak)
4. Penolong Jurutera Gred J29 (Kontrak)
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Kontrak)
6. Pembantu Tadbir - Perkeranian/Operasi Gred N17 (Kontrak)
7. Pembantu Tadbir - Kewangan Gred W17 (Kontrak)
8. Juruteknik Gred J17 (Kontrak)
9. Juruteknik Komputer Gred FT17 (Kontrak)
10. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
11. Tukang Gred K2 (Tetap)
12. Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 (Kontrak)
13. Pekerja Awam Gred R1 (Tetap/Kontrak)

Maklumat lanjut (iklan perjawatan) (dalam format PDF)
Borang Permohonan Jawatan (dalam format PDF)
Tarikh tutup permohonan adalah
pada 6 September 2011

Monday, August 8, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara




Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dialu-alukan untuk mengisi jawatan berikut:-

Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

Iklan Jawatan Kosong
Borang Permohonan Jawatan Kosong
Tarikh Tutup : 22 Ogos 2011


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor


Logo MDKT

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi.

BIL JAWATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN GRED STATUS
1 Pegawai Penilaian Pengurusan Dan Profesional W41 Tetap
2 Pembantu Kesihatan Awam Sokongan U17 Tetap
3 Pekerja Awam Sokongan R1 Tetap
SYARAT LANTIKAN
Syarat-syarat lantikan serta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Majlis Daerah Kota Tinggi di www.mdkt.gov.my
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan yang boleh di perolehi dengan melayari laman web Majlis Daerah Kota Tinggi di www.mdkt.gov.my atau boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kota Tinggi.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 OGOS 2011

MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG


Jawatan Kosong di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah





KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

Mempelawa Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan berikut :

Bil

Jawatan

Gred Jawatan

Bidang/ penempatan

Syarat lantikan

1.

Pensyarah

DM 41

· Media Islam

· Bahasa Inggeris

· Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

**Bahasa Inggeris

Kelulusan:

Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Kepujian dalam bidang TESL dari universiti yang diiktiraf.

2.

Kaunselor

S 41

· Pegawai Psikologi

3.

Pegawai Tadbir

N 41

· Pengurusan HEP

· Perhubungan Awam/ Promosi

4.

Setiausaha Pejabat

N 27

· Kesetiausahaan

· Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.

Pegawai Khidmat Pelanggan

N 17

· Pentadbiran

· Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

6.

Pembantu Am Pejabat

N 1

· Pentadbiran

· Tamat Darjah 6 dan berkebolehan menjalankan bidang kerja berkenaan.



Calon-calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rasmi Permohonan Jawatan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
yang boleh diperolehi dari Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sama ada melalui Pos dengan
menyertakan sampul surat 15cm x 22cm bersetem RM0.60 dan beralamat sendiri berserta Wang Pos sebanyak RM10.00 di atas nama
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD.
atau datang sendiri ke KIPSAS.

Calon-calon juga boleh menggunakan borang permohonan yang boleh dimuaturun dari laman web KIPSAS
dengan menyertakan yuran pemprosesan dengan menggunakan wang pos sebanyak RM10.00 di atas nama SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Ogos 2011. Hanya calon-calon disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada datang sendiri ke Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau
melalui telefon di talian 09-591 5353 atau 09-5915355/5322/5326 (Unit Pentadbiran)

Borang permohonan yang telah diisi dan disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan dan telah diakui sah, hendaklah dihantar kepada :

Presiden
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
KM 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(u.p : Unit Pentadbiran)

Tel : 09-591 5353 Faks : 09-536 4421
http:www.kipsas.edu.my

Muat Turun Borang dan Iklan permohonan


Borang Permohonan


Iklan Jawatan kosong


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia





PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut:


PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT

(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun

berdasarkan keperluan)

1. PEGAWAI TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa atau Perundangan yang
  • diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir berkomunikasi dan menulis laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa InggerĂ­s;
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang perfileman;
  • Fee bulanan diantara RM 3,000.00 – RM 3,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 2 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:

  • Membantu menyelaras program mempromosi lokasi penggambaran dan kemudahan perfileman di Malaysia.
  • Membantu menyelaras rangka operasi dan strategi unit sebagai Suruhanjaya Perfileman
  • Membantu menyelaras kawal selia dasar dan peraturan berkaitan bidang perfileman
  • Membantu menyelaras pengumpulan maklumat dan data berkaitan penggambaran filem.
  • Membantu menyelaras, mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti unit
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2. PEMBANTU TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
  • Fee bulanan :- RM 1,200.00
  • Bilangan kekosongan: 2 Jawatan

3. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18;
  • Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau berkaitan.
  • Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang berkaitan, penyuntingan video
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:
(i) Mempunyai kreativiti dalam membuat suntingan video agar hasil suntingan dapat memenuhi kehendak pelanggan
(ii) Mengendali semua mesin-mesin penyuntingan bagi format SD, HD dan ke atas
(iii) Membuat runding cara dan cadangan kepada pelanggan tentang konsep penyuntingan yang bersesuaian
(iv) Memastikan peralatan dalam keadaan optimum dan membuat laporan kerosakan sekiranya ada

4. EKSEKUTIF PEMASARAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perfileman
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Fee bulanan diantara RM 2,000.00 - RM 2,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    FUNGSI BIDANG TUGAS
    :
  • Membantu pengurusan Bahagian Pemasaran
  • Menguruskan sewaan peralatan & studio
  • Menerima tempahan dari pihak pelanggan

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.


Borang Permohonan Jawatan di FINAS

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 22 Ogos 2011

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman



Kekosongan Jawatan:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman :

BIL BIDANG KEKOSONGAN
1 TAHFIZ AL-QURAN 3
2 PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB 3
3 AKADEMIK 3

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara) di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

SYARAT KELAYAKAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Sains / Sastera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah JHEAIK adalah layak dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a) i- Mempunyai kelayakan di perenggan 2 (c); atau

ii- lulus peperiksaan Khas berkaitan Al Quran;

dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. Kod Gaji / Tangga gaji dan Taraf Jawatan :-

4.1. Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

4.2. Klasifikasi : Pengurusan dan Profesional

4.3. Kumpulan

Perkhidmatan: Pendidikan

4.4. Jadual Gaji : Gred DC 41

PIT1 RM 1,598.44 - PIT10 RM 2,354.05

4.5. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DC 41 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan berasaskan kepada tahap ijazah dan pengalaman kerja berkaitan.

4.6. Taraf : Sementara

4.7. Bilangan Kekosongan : Sembilan (9)

5. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPP/PDDK/2011 yang boleh dimuat turun melalui laman web : www.jaik.gov.my atau dapatkannya di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.

TEL : 604-7745400

Muat turun Iklan Kekosongan Jawatan

Muat turun Borang Permohonan

6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (sementara) yang sedang yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

7. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 21 OGOS 2011 di alamat berikut ;

PENGARAH

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH DARUL AMAN,

BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.

(U.P.: BAHAGIAN PENDIDIKAN)

8. Nota :

  1. Salinan sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan disertakan bersama borang permohonan.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  4. Segala perbelanjaan atas segala urusan permohonan jawatan ini adalah menjadi tanggungan pemohon sendiri.
  5. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jawatan Ksong di Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)




Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan seperti dilampiran halaman ini.

Maklumat lanjut mengenai iklan jawatan kosong dan borang permohonan, bolehlah muat turun dipautan berikut :

1) Iklan Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negara
2) Borang Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negara Johor

Tarikh Tutup Permohonan : 12 OGOS 2011