Monday, August 8, 2011

Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman



Kekosongan Jawatan:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman :

BIL BIDANG KEKOSONGAN
1 TAHFIZ AL-QURAN 3
2 PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB 3
3 AKADEMIK 3

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara) di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

SYARAT KELAYAKAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Sains / Sastera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah JHEAIK adalah layak dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a) i- Mempunyai kelayakan di perenggan 2 (c); atau

ii- lulus peperiksaan Khas berkaitan Al Quran;

dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. Kod Gaji / Tangga gaji dan Taraf Jawatan :-

4.1. Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

4.2. Klasifikasi : Pengurusan dan Profesional

4.3. Kumpulan

Perkhidmatan: Pendidikan

4.4. Jadual Gaji : Gred DC 41

PIT1 RM 1,598.44 - PIT10 RM 2,354.05

4.5. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DC 41 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan berasaskan kepada tahap ijazah dan pengalaman kerja berkaitan.

4.6. Taraf : Sementara

4.7. Bilangan Kekosongan : Sembilan (9)

5. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPP/PDDK/2011 yang boleh dimuat turun melalui laman web : www.jaik.gov.my atau dapatkannya di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.

TEL : 604-7745400

Muat turun Iklan Kekosongan Jawatan

Muat turun Borang Permohonan

6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (sementara) yang sedang yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

7. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 21 OGOS 2011 di alamat berikut ;

PENGARAH

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH DARUL AMAN,

BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.

(U.P.: BAHAGIAN PENDIDIKAN)

8. Nota :

  1. Salinan sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan disertakan bersama borang permohonan.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  4. Segala perbelanjaan atas segala urusan permohonan jawatan ini adalah menjadi tanggungan pemohon sendiri.
  5. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di bahagian atas kiri sampul.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

0 comments:

Post a Comment