Monday, May 7, 2012

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia





Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.


Daftarlah melalui Portal SPA di Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)


Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.


Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru bagi kekosongan jawatan di bawah adalah sebelum atau pada
20 Mei 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)

Jurutera (Awam) Gred J41
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
Pegawai Penerangan Gred S41

DIPLOMA (KUMPULAN SOKONGAN I)

Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)


SPM (KUMPULAN SOKONGAN II)

Pembantu Perikanan Gred G17
Pembantu Keselamatan Gred KP17
Pembantu Pemuliharaan Gred S17

Download Iklan Kekosongan Jawatan


Sumber ; www.spa.gov.my


0 comments:

Post a Comment