Saturday, January 28, 2012

Penguasa Kastam Gred WK1-1









KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


JADUAL GAJI T1:RM1930.00 - T20:RM6225.00

SYARAT LANTIKAN 1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ditetapkan pada matagaji kurang satu(1) Kenaikan Gaji Tahunan daripada T1 Gred W1-1); atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T1); atau
(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T2); atau
(d) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T2); atau
(e) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T3).
Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan:
(i) Ahli Institut Akauntan Malaysia;
(ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;
(v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
(vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;
(vii) Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;
(viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;
(ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;
(x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);
(xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan
(xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.



Tugas ;

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Cara Memohon ; Secara ONLINE di www.spa.gov.my


Anda terlibat Exam PENGUASA KASTAM WK1-1 klik sini http://ewarga1.ukm.my/ewarga/images/baru.gif


0 comments:

Post a Comment