Tuesday, November 22, 2011

Jawatan Kosong di FELCRA

PROGRAM SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M)

Program ini adalah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada Pelatih bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pasaran (employability) graduan. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengikuti program SL1M seperti berikut:-
1.
Pengurus Pelatih
Elaun :- RM 1000.00
COLA :- RM 300.00
Kekosongan :- 25 Orang
Syarat-syarat Lantikan:-
a)
Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pertanian/Perladangan/Sains Bioindustri/Kewangan/Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan/Komunikasi/Pentadbiran Awam/Teknologi Maklumat/Sains Komputer atau bidang yang berkaitan dengannya dari Universiti Tempatan atau mana-mana institusi yang diiktiraf dan diakreditasi oleh LAN/MQA. Dan
d)
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang FELCRA 1 atau menghantar ‘resume’ beserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
Sila tuliskan nama jawatan di sudut kiri sampul surat dan majukan permohonan tersebut kepada:-

Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 4, Wisma FELCRA,
Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254,
50772 Kuala Lumpur
Laman Web : www.felcra.com.my

DOWNLOAD BORANG PERMOHOAN

(Borang FELCRA 1 boleh didapati di dalam Laman Web FELCRA)

Tarikh Tutup :- 25 November 2011

Catatan:- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment