Tuesday, October 11, 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia





Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut ::-

BILJAWATAN GREDKEKOSONGAN JAWATAN
TARAF JAWATAN
1.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE48
4KONTRAK / PINJAMAN
2.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE419TETAP
3.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE411
(SARAWAK)
TETAP
4.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMIE272TETAP
5.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W171
(NEGERI SEMBILAN)
TETAP
6.PEMBANTU TADBIR (P/O)N171
(KEDAH)
TETAP
7.PEMANDU KENDERAAN
R36
(JOHOR, ZONTENGAH, ZON UTARA, ZON TIMUR)
TETAP
8.PEKERJA AWAM
R12
(JOHOR)
TETAP


CARA PERMOHONAN

1.

Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my

2.Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.


3.Sila gunakan borang dengan menyertakan salinan sijil secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.


4.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.


5.Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) sebagai bukti kelayakan untuk dilantik ke Perkhidmatan Awam.


6.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.


7.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.


8.Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut :

i)
Salinan Sijil Kelahiran

ii)Salinan Kad Pengenalan

iii)Salinan Lesen Memandu

iv)Salinan Sijil Berhenti Sekolah

v)Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR

vi)Surat sokongan/kebenaran

vii)Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)

viii)Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)



9.Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 18 Oktober 2011 ;





KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
WISMA NANAS,
NO. 5, JALAN PADI MAHSURI,
BANDAR BARU UDA,

81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Perjawatan)

BilIKLAN DAN BORANG Muat Turun PDF
1.Iklan Jawatan KosongMuat Turun
2.Borang Permohonan Jawatan KosongMuat Turun


0 comments:

Post a Comment