Berminat Menjadi Guru Al-Amin??
Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami. Calon-calon dialu-alukan memohon secara 'on-line' bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.Syarat-syarat asas menjadi guru sekolah -sekolah di bawah PPAA adalah seperti berikut:
1. Minimum Diploma untuk sekolah rendah dan Ijazah Sarjana Muda untuk sekolah menengah.
2. Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi guru.
3. 'Fresh Graduate' boleh cuba memohon dengan syarat telah memperolehi Ijazah/Diploma.
4. Kemahiran berkomunikasi yang baik.
5. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk melalui sistem tarbiyah Al-Amin
6. Warganegara Malaysia
7. Sanggup bekerja di Gombak atauTaman Keramat, Kuala Lumpur.
8. Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.
Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAA'.
Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment