Tuesday, October 4, 2011

0 comments

Tawaran Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/Diploma di Sabah






TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL)
BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi
Graduan Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut:-

(i) Graduan Siswazah
No. Notis : JPAN Bil. 5/2012
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Bilangan pengambilan : 35 orang
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*


(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)3/2012
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Bilangan pengambilan : 15 orang
Elaun : RM750.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

DOWNLOAD IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON
3.1 Borang Permohonan (JPAN-SSL/5 dan JPAN-SSL(D)3) boleh diperolehi
daripada Urus Setia SSL Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Tingkat 5,
Wisma Perindustrian, KOTA KINABALU atau melalui laman web
http://www.sabah.gov.my/jpan.


3.2 Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
hendaklah dihantar bersama salinan sijil yang telah disahkan benar
seperti berikut:-
(i) Salinan Sijil Kelahiran;
(ii) Salinan Kad Pengenalan;
(iii) Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan kedua ibubapa;
(iv) Salinan Ijazah Sarjana Muda/Diploma;
(v) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf
dengannya; dan
(vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan
ini.


Kepada : Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 5, Wisma Perindustrian
88400 KOTA KINABALU
(U/P: Unit Pelantikan)
Sebelum atau pada : 10 Oktober 2011


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jawatan Kosong di Institut Pembangunan Pengurusan Johor





APPLICATIONS ARE INVITED FROM QUALIFIED PERSONNEL TO FILL THE FOLLOWING POSITIONS AT JOHOR INSTITUTE OF MANAGEMENT (IPPJ SDN BHD)

Event Coordinator / Trainer Executive
Requirements :
• Candidate must possess at least a Professional Certificate, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Business Studies/Administration/Management, Mass Communications/ Event Management or equivalent.
• Minimum 1-2 years experience in event management
Additional Requirements :
• Resourceful and independent individual with good communications skills and interpersonal skills.
• Self-motivated and self-starter, able to learn on the fly and work with minimum supervision and guidance.
• Strategic thinker with a positive attitude, proactive and able to work under pressure in a fast-paced environment.
• Independent with strong initiative, multi-tasking skills and ability to work under tight deadlines.
• Ability to multitask and prioritize responsibilities
• Able to work beyond normal office hours
• Possess own transport and driving license.
• Full-Time positions available.

For those who interested to join us, please submit your resume/CV via email to
nora@ippj.com.my or via post to 25th Floor, Kompleks Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bahru. For any inquiry, do not hesitate to contact 07-222 1767/69/70 (Nora).

Walk in Interview
On 7 October 2011 from 8.30 am to 4.30 pm!!!


Perumahan 1 Malaysia(PRIMA) ; 560 unit boleh dimohon




Kepada Kakitangan kerajaan / Swasta yang bertugas / menetap di putrajaya yang nak beli rumah boleh apply sekarang

PERMOHONAN SECARA ONLINE KLIK SINI


SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia.
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas.
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125) - Kena mengudi di putrajaya daa...sape2 nk beli kena tukar tempat mengundi segera
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)




Good luck ; )


Berikut berita daripada Harian Metro, 04/10/2011

PUTRAJAYA: Sejumlah 560 unit kediaman mampu milik fasa pertama program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, mula dibuka untuk permohonan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di Pusat Pentadbiran Persekutuan, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, daripada jumlah itu, 420 unit berkeluasan 815 kaki persegi (76 meter persegi) pada harga RM120,000 setiap satu, manakala 140 unit lagi dengan keluasan 1,006 kaki persegi (93 meter persegi) berharga RM150,000.




Menurutnya, pemohon tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan, termasuk menjadi pengundi berdaftar di Putrajaya.

“Syarat (asas) layak memohon adalah warga negara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri), memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah,” katanya, pada sidang media, di sini, semalam.


PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai lalu adalah program kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah lebih meluas, terutama kumpulan berpendapatan sederhana dengan menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik di bandar utama.


Unit PR1MA pula bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang membangunkan, mengurus serta mengendali komuniti dan kediaman Prima dibina bawah programnya.

Abdul Mutalib berkata, kediaman pangsapuri bawah fasa pertama PR1MA itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH), dengan kos pembinaannya melebihi daripada harga yang ditawarkan.


“Maklumat (kos) itu berada pada pemaju. Kita tidak ada angka tepat, (tetapi) memang melebihi daripada harga yang ditawarkan untuk presint 11 ini.

“Jadi, mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM di www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon. Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011. “Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak,” katanya.


Menurutnya, sehingga jam 1.30 tengah hari semalam sudah ada 470 pemohon membuat permohonan membeli kediaman berkenaan.


Katanya, mereka yang berminat dan berkelayakan tidak perlu khuatir terhadap permohonan mereka kerana proses dan peruntukan unit kediaman itu akan dilakukan secara telus.


“Ia akan dipantau firma akauntan bertauliah yang akan dilantik, malah proses berkenaan telus dan adil bagi semua pemohon serta mematuhi piawaian dan prosedur ditetapkan.


“Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri,” katanya.


Sementara itu, mengenai Unit PR1MA, beliau berkata, struktur organisasinya dirangka serta tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet termasuk akta Parlimen yang akan diumumkan nanti.


Katanya, unit itu akan menguruskan proses pendaftaran dan peruntukan kediaman bawah program PR1MA dan memberi sokongan dalam memperuntukkan rumah dibina pihak swasta yang menerima bantuan daripada kerajaan melalui kaedah kerjasama awam swasta.

Sumber

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor





Pemohon–pemohon adalah dipelawa daripada calon–calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor bagi jawatan seperti berikut :-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

DOWNLOAD IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara melengkapkan Borang PTGS/BKP- JK/2/2011 dengan menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan menyertakan sijil – sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport dan dikemukakan kepada :-

Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Unit Perkhidmatan)


Tarikh Tutup ; 14 Oktober 2011 (Jumaat).

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan




Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti
berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga
kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan
dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.
Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
(independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk
membangunLink
universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan
seperti berikut :-

1. JURUTERA J41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
4. PEMBANTU MAKMAL C17
5. JURUTEKNIK J17
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


DOWNLOAD IKLAN

CARA MEMOHON
(a) Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web
http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.


Tarikh Tutup ; 15 Oktober 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pulau Pinang





No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Tutup
1. S01A2011 ARKITEK 14-10-2011
2. S02A2011 PEGAWAI TADBIR 14-10-2011
3. S03A2011 PEGAWAI VETERINAR 14-10-2011
4. S04A2011 PENOLONG PEGAWAI VETERINAR 14-10-2011
5. S05A2011 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN 14-10-2011
6. S06A2011 PEMBANTU VETERINAR 14-10-2011
7. S07A2011 JURUTEKNIK 14-10-2011
8. S08A2011 PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI 14-10-2011
9. S09A2011 TUKANG K3 (TUKANG ELEKTRIK) 14-10-2011

Permohonan adalah secara ONLINE KLIK SINI





Monday, October 3, 2011

0 comments

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai, Johor

MAJLIS PERBANDARAN KULAI
IKLAN JAWATAN KOSONG


Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan Jawatan yang ditawarkan :-
  1. JURUTEKNIK Gred J17
  2. PEMBANTU JURUAUDIT Gred W17
  3. PEMBANTU PENGUATKUASA Gred N17
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) Gred N17
  5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA Gred N27
  6. PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17
  7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM Gred U17
  8. PEMBANTU AM PEJABAT Gred N1
  9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J29
  10. ARKITEK LANDSKAP Gred J41

DOWNLOAD IKLAN
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN Permohonan hendaklah dihantar terus kepada : YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KULAI JALAN PEJABAT KERAJAAN 81000 KULAI, JOHOR Pada atau sebelum jam 5.00 petang pada 10 Oktober 2011 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat